Sunday, December 5, 2010

aKu wAnItA BiAsA

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..Kepadamu yang akan memilihku kelak.. Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

Monday, November 29, 2010

I'TIRAF......

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

LaYaR kEiNsAfAn.....

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Tuesday, July 20, 2010

CONTINUEeee.....Adab2 bersahabat

Seorang sahabat perlu menjaga adab2 terhadap sahabatnya,iaitu dengan dia:

1-Mengutamakan sahabat degn harta bendanya. Jikalau dia tidak mampu berbuat demikian ,maka sekurang-kurangnya hendaklah dia memberikan kepada sahabatnya apa2 yng lebih dari hajat dirinya.

2-Menolong sahabat dengan cara bersegera sebelum sahabatnya meminta tolong.

3-Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4-Menutup keaiban sahabatnya.

5-Berdiam daripada menyampaikan celaan orang lain terhadap sahabatnya.

6-Menyampaikan segala pujian daripada orang lain kepada sahabatnya.

7-Mendengar dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika dia bercakap.

8-Meninggalkan perbalahan dgn sahabatnya.

9-Memanggil sahabatnya dgn nama yng sangat disukainya.

10-Memuji sahabatnya dgn apa yng diketahui daprd kebaikannya.

11-Berterima kasih pada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.

12-Menegah orang lain yng ingain mengumpat sahabatnya seperti dia membela dirinya sendiri.

13-Menggunakan bahasa yng lemah lembut dan halus apabila dia ingin menasihati sahabatnya.

14-Memaafkan segala kesilapan dan kesalahan sahabatnya,maka janganlah dia mencelanya.

15-Mendoakan sahabatnya ketika dia duduk bersendirian,ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah dia meninggal dunia.

16-Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas daripada kematiannya.

17-Jangan suka memberatkan sahabatnya dgn bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendaklah dia meringankannya supaya sahabatnya besenang hati.

18-Menyatakan rasa kesukaan dgn segala yng menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yng menyusahkan hati sahabatnya.

19-Menyamakan hakikat kecintaan yng wujud di dalam hati dgn apa yng nmpk di luar,maka dgn itu barulah kecintaan itu dianggap benar.

20-Memulakan memberi salam ketika dia menemui sahabatnya.

21-Meluaskan tempat duduknya ntuk sahabatnya ketika di majlis dan hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya itu ke tempat yng lain jika dia tak dapat berbuat demikian.

22-Hendaklah dia bangun menghantakan sahabatnya itu (sehingga samapai ke pintu rumahnya) ketika sahabatnya itu keluar dari rumahnya.

23-Hendaklah dia berdiam diri ketika sahabatnya bercakap2 sehinggga dia selesai dari percakapannya an janganlah dia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap.

Ringkasnya,hendaklah seorang sahabat itu bermuamalah – atau bergaul dgn sahabatnya dgn cara yng dia sukai jika orng lain bermuamalah dgnnya. Maka,jika sesiapa yng tidak mencintai sahabatnya akan sesuatu yng ia cintai bagi dirinya sendiri,maka persahabatab itu masih tidak ikhlas dan mempunyai anasir2 munafik dan persahabatan itu akan membawa kepada kebinasaan di dunia dan di akhirat. Inilah adab2 yng mesti kau jaga pada hak saudaramu yng kau gelarkan sahabat.

ADAB-ADAB BERKAWAN

CIRI-CIRI KAWAN YANG BAIK

•Taat kepada perintah Alah
•Baik budi pekerti dan bersopan santun
•Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji)
•Berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya
•Tidak mendedahkan keburukan kawan
•Berlapang dada menerima teguran atau nasihat kawan
•Sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan

CARA BERADAB DENGAN KAWAN

>Sentiasa memberi salam dan mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah
>Menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati
>Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan
>Jujur dan Ikhlas dalam persahabatan
>Sentiasa bersangka baik dengan kawan

KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK

•Mendorong melakukan perkara kebaikan
•Dapat mencontohi kebaikannya
•Dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar
•Mendidik jiwa menjadi baik dan taat kepada Allah

Monday, July 12, 2010

MENGHORMATI IBU BAPA


Islam telah menggariskan beberapa cara untuk menghormati ibu bapa. Antaranya:
►Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
►Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan. Bapa
pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
►Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
►Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.
►Tidak membantah kata-kata mereka.
►Tidak menyakiti perasaan mereka.

Kita juga diwajibkan untuk berbakti terhadap kedua ibu bapa. Pelbagai cara boleh dilakukan
untuk berbakti kepada mereka. Antara lain:
►Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
►Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
►Merawati mereka ketika sakit.
►Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
►Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
►Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai kita.

Apabila mereka telah meniggal dunia, apa yang mampu kita lakukan untuk mereka adalah:
► Mendoakan dan memohon ampun untuk mereka agar dikurniakan kebahagiaan di akhirat.
► Menunaikan janji mereka.
► Memuliakan rakan-rakan mereka.
► Menyambung persaudaraan dengan kerabat mereka.

Sunday, July 11, 2010

kEiSt!MeWaAn 3 BuLAn

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Thursday, July 8, 2010

KeHiDUpAN

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan


Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan